PELANCARAN DASAR PENGANGKUTAN NEGARA

October 17 at 7:43 PM · 

Dasar ini akan memastikan Malaysia kekal menjadi Negara mesra perniagaan, memenuhi keperluan industri, dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam industri pengangkutan.

Malaysia memilih untuk tidak menghadkan jumlah kenderaan persendirian. Oleh itu jalan dalam dan luar bandar terpaksa dibina sepanjang masa.

Untuk mengurangkan kesesakan akibat pertambahan ini, Kerajaan akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Ini termasuk membekalkan rel elektrik berkembar.

Penggunaan rel masih ditahap yang rendah. Kenderaan berat masih banyak mengguna jalan- jalan raya. Adanya kenderaan berat dan besar di jalan raya mengundang kemalangan. Adalah lebih baik jika freight yang besar dan berat mengguna sistem rel yang sedia ada.

Jika sistem yang ada sekarang tidak mencukupi Kerajaan akan berusaha untuk menambah kemudahan ini dari pendapatan yang akan bertambah jika sistem rel lebih diguna untuk muatan barangan, terutama yang berat dan besar.

Kajian akan dibuat supaya sistem rel kita akan diguna sepenuhnya. Pihak swasta dijemput untuk mencadang dan melabur serta menyewa landasan yang sedia ada.

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 adalah selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 yang bermatlamatkan kesaksamaan keberhasilan atau equitability of outcomes. Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 memberi penekanan kepada inklusiviti dalam penyertaan rakyat mahupun pemain industri dalam aktiviti ekonomi sektor pengangkutan khususnya pengangkutan awam.

Melalui perancangan strategik, kerjasama, dan komitmen semua pihak termasuk pihak industri dan rakyat, Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan mampu menyediakan sistem pengangkutan mampan yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »