Perdana Menteri bertemu Presiden Iran, Pakistan dan Afghanistan

Perdana Menteri bertemu Presiden Iran, Pakistan dan Afghanistan.

Dalam pertemuan YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani, kedua-dua pemimpin membincangkan tentang hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Iran, termasuk dalam sektor perdagangan, pelaburan, kewangan dan perbankan.

Dr Mahathir semasa bertemu dengan Presiden Pakistan, Arif Alvi membincangkan berkenaan kerjasama ekonomi dan mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Paksitan.

Semasa pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani kedua-dua pemimpin bercakap berkenaan pengukuhan hubungan dua hala yang sedia ada. Presiden Afghanistan turut menyuarakan minat mempelajari amalan terbaik Malaysia dalam pelbagai bidang dan akan menghantar pegawai-pegawai kanan Kerajaan Afghanistan ke Malaysia.

Kredit gambar
Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »