Siapa Sebenarnya Ayahanda Kepada Tun Dr Mahathir?

Mohammad Iskandar merupakan seorang tokoh pendidikan yang masyhur di Kedah. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Pulau Pinang dan menerima pendidikan awal di Penang Free School. Setelah tamat peperiksaan “School Certificate” beliau telah mengikuti Normal Class untuk menjadi seorang pendidik.

Negeri Kedah memulakan zaman pembangunan semasa beliau menjadi seorang pendidik. Kerajaan telah menjemput beliau untuk menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di Alor Star memandangkan pengalaman beliau yang begitu meluas dalam bidang pendidikan.

Masalah yang dihadapi oleh beliau pada ketika itu ialah sambutan yang dingin oleh ibu bapa tentang pembukaan sekolah Inggeris yang baru itu. Dengan berkat usaha beliau bilangan pelajar kian bertambah dari 12 orang ke 97 orang pada tahun 1909. Peningkatan bilangan pelajar pula telah menimbulkan masalah lain seperti kekurangan guru dan bilik darjah. Guru-guru tambahan dilantik namun begitu, masalah bangunan tambahan masih tidak dapat diatasi.

“Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sangat berdisiplin. Bapa saya mengurus rumah seperti bilik darjah. Terdengar sahaja bunyi batuk ketika beliau pulang sudah cukup untuk kami bertempiaran lari mencari buku.” katanya dalam temu bual dengan penulis J. Victor Morais dalam buku Mahathir


Oleh itu beliau mengajar murid-muridnya di bawah pokok dan keadaan ini bertambah sukar apabila hujan turun. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya menunjukkan sikap beliau sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan berjaya.

Daripada raut wajahnya,jelas terpancar karisma seorang pendidik yang tegas. Sebab itulah anak lelakinya bukan saja menjadi seorang Doktor Melayu pertama membuka klinik swasta di Kedah malahan menjadi arkitek pembangunan Malaysia selama 22 tahun.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »