Zaman kolej dan pekerjaan

Setelah perang tamat, beliau menamatkan pengajian sekolah menengah selepas menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII (kini dikenali Universiti Kebangsaan Singapura) pada tahun 1947.

Ketika inilah beliau bertemu dengan bakal isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, yang juga seorang pelajar perubatan.

Ketika sedang di kolej, Tun Mahathir aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times (kini dikenali sebagai The Straits Times) menggunakan nama penanya, C.H.E Det. Penulisannya banyak mengisahkan tentang masalah-masalah orang Melayu.

Selepas menamatkan pelajaran pada tahun 1953, Tun Mahathir memulakan khidmatnya sebagai seorang pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.

Pada Ogos 1956, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah melansungkan perkahwinan mereka, dan memperoleh cahaya mata pertama, Marina pada tahun 1957.

Pada tahun yang sama, Tun Mahathir berhenti berkhidmat untuk kerajaan bagi menubuhkan klinik sendiri diberi nama Klinik Maha, yang merupakan klinik swasta pertama negara milik orang Melayu pada ketika itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »