Zaman persekolahan

Tun Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki sekolah Inggeris yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, sekolah di mana bapanya, Mohamad bin Iskander merupakan pengetua Melayu pertama.

Beliau sangat terkenal di sekolahnya termasuklah dalam aktiviti berdebat serta mempunyai kemahiran bahasa Inggerisnya yang hebat. Tun Mahathir juga menunjukkan minat dalam bidang sukan dengan bermain ragbi untuk pasukan sekolah.

Sehari selepas Tun Mahathir menduduki Peperiksaan Junior Cambridge, pelajarannya terganggu akibat Jepun melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara pada Perang Dunia Kedua melalui Thailand.


Sekolah-sekolah di Tanah Melayu ketika itu terpaksa ditutup membuatkan beliau terpaksa berhenti sekolah.

Ketika ini Tun Mahathir menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual kopi dan kemudiannya pisang goreng serta snek-snek lain di Pekan Rabu membantu keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »